ROSLI (tiga dari kiri) bersama Lee (dua dari kiri) dan Hasanuddin (dua dari kanan) ketika menyampaikan sijil kepada peserta majlis Perasmian Seminar Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam. FOTO Syamsi Suhaimi.
ROSLI (tiga dari kiri) bersama Lee (dua dari kiri) dan Hasanuddin (dua dari kanan) ketika menyampaikan sijil kepada peserta majlis Perasmian Seminar Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam. FOTO Syamsi Suhaimi.
Sharifah Mahsinah Abdullah dan Fakhrul Abid Saifuddin


KEJADIAN tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown yang sehingga kini mengorbankan sembilan mangsa sepatutnya boleh dielakkan sekiranya semua pihak terbabit menunjukkan komitmen tinggi terhadap aspek keselamatan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jika aspek keselamatan dibuat, kejadian terbaru itu tidak mungkin berulang buat kali kedua.

“Sepatutnya selepas kejadian pertama yang berlaku dahulu tidak mengorbankan nyawa, pihak terbabit perlu belajar daripada pengalaman dengan mengambil langkah tertentu untuk melindungi pekerja.

“Secara keseluruhannya, saya ingin menyatakan bahawa apa yang terjadi di Pulau Pinang ini harus dijadikan iktibar untuk semua pihak terutama pihak pemaju dalam pembinaan di lereng bukit tak kira sama ada itu projek perumahan atau projek infrastruktur.

“Aspek keselamatan adalah penting dan tidak boleh diabaikan oleh pihak yang terbabit termasuk pihak kontraktor dan pihak pemaju berkenaan,” katanya kepada pemberita di majlis Perasmian Seminar Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Kursus itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman. Hadir sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau yang juga pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata, beliau dan seluruh rakyat Malaysia rasa berasa begitu sedih tentang apa yang berlaku apabila beberapa orang pekerja asing terkorban kerana kejadian tanah runtuh itu.

Sehubungan itu, katanya, NIOSH ingin membuat beberapa cadangan termasuk pemaju atau kontraktor perlu dapatkan nasihat pakar daripada aspek teknikal, geologi, kajian, tanah dan sebagainya sebelum memulakan projek.

“Saya ingin mencadangkan apabila pihak berkuasa sudah menjalankan siasatan terhadap insiden ini supaya mendedahkan laporan siasatan kepada umum.

“Ini sangat penting ini kerana ini adalah perkara berkepentingan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, mereka boleh mengikut contoh di Hong Kong dalam pembinaan apartmen dan kondominium di lereng bukit dan mereka selamat kerana mengikut nasihat pakar yang betul.

Sehingga kini, seramai sembilan mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan seorang lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada 1.56 tengah hari Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih

'Harap kepala adik ditemui'

[UPDATE] Mayat ke-9 ditemui [METROTV]

Kontena ke-13 tak lagi misteri...

Cari hingga mayat ke-10 ditemui

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 12:32 AM