RAJENDRA (kanan) berjalan masuk ke dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini. FOTO Aswadi Alias
RAJENDRA (kanan) berjalan masuk ke dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini. FOTO Aswadi Alias
Syed Umar Ariff


CALON bebas A Rajendra menarik perhatian ramai apabila tiba di pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), lima minit sebelum tempoh penyerahan borang berakhir.

Ibarat ‘hero’ yang muncul di saat-saat akhir, Rajendra yang memakai baju berwarna merah hati dan dhoti putih kelihatan agak keliru sebaik memasuki perkarangan MPPD.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengiringinya ke dewan pencalonan.

Rajendra kelihatan ingin bercakap kepada media, tetapi diminta segera memfailkan pencalonan kerana kesuntukan masa.

Beliau bernasib baik kerana sempat mengemukakan borang pencalonan.

Terdahulu, tujuh calon termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Samad dan Saiful Bukhari Azlan menghantar borang pencalonan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 10:57 AM