PETIKAN Facebook TMJ mendakwa akaun media sosialnya diintip pihak tertentu
PETIKAN Facebook TMJ mendakwa akaun media sosialnya diintip pihak tertentu
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada pemantauan dibuat terhadap akaun media sosial ahli keluarga Istana Johor seperti yang didakwa Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau memberi jaminan kepada Istana Johor bahawa perkara itu tidak berlaku.

"Berhubung kenyataan Tunku Mahkota Johor di laman Facebook dengan tajuk 'My father and I being monitored,' PDRM memberi jaminan kepada pihak Istana Johor bahawa perkara ini tidak berlaku.

"Saya akan memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor untuk menghadap bagi memaklumkan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa media sosial milik beliau dan ayahandanya Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar diintip individu tertentu menggunakan teknologi buatan Israel.

Perkara itu didedahkan di laman Facebook (FB) HRH Crown Prince of Johor, kelmarin yang turut mendakwa ramai ‘cyber troopers’ diletakkan di laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tunku Ismail berkata, alat berkenaan yang dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan pengintipan dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya bagi membantu dalam perang siber.

Berita berkaitan

Polis belum terima laporan

TMJ dakwa media sosialnya, Sultan Johor diintip

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 September 2018 @ 1:42 PM