SANDAKAN 15 JULAI 2018. Penduduk, Awang Yusmin Mohd Yusof, 34, menunjuk lokasi mayat bayi lelaki berdekatan garaj dan tempat pembuangan sampah di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di Sandakan. STR/HAZSYAH ABDUL RAHMAN.
SANDAKAN 15 JULAI 2018. Penduduk, Awang Yusmin Mohd Yusof, 34, menunjuk lokasi mayat bayi lelaki berdekatan garaj dan tempat pembuangan sampah di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di Sandakan. STR/HAZSYAH ABDUL RAHMAN.
Hazsyah Abdul Rahman


“Bila aku buka plastik itu, biji mata kiri bayi itu terkeluar,” kata Awang Yusmin Mohd Yusof, 34, individu awal yang menemui mayat bayi lelaki di Kampung Karamunting, kelmarin.

Katanya, keadaan itu membuatkannya sangat terkejut dan sukar mengungkapnya dengan kata-kata.

"Pada awalnya, bila saya perhati bungkusan plastik berkenaan, hanya kelihatan 'bulu-bulu' hitam.

"Saya sangka bangkai haiwan kerana kelihatan berbulu dan sangat berbau. Namun apabila saya buka plastik tersebut dan terlihat muka serta kepala bayi berkenaan ia sangat mengejutkan.

"Buat pertama kali dalam hidup, saya melihat perkara sedemikian di hadapan mata saya sendiri," katanya ketika ditemui NSTP, semalam.

Tambahnya beliau melihat tubuh bayi berkenaan benar-benar cukup sifat dan masih memiliki tali pusat.

"Nasib baiklah mayat bayi berkenaan tidak diganggu haiwan liar ataupun anjing," katanya.

Katanya, dia dan rakan-rakan kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, bayi tersebut adalah bayi lelaki seberat 1.1 kilogram, dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Semalam NSTP melaporkan mayat bayi berulat ditemui orang awam berdekatan garaj dan tempat pembuangan sampah di Jalan Batu Sapi, Kampung Karamunting.

Berita berkaitan:

Kesiannya... mayat bayi dah berulat [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 9:10 AM