DR  Wahid (tiga dari kiri) bersama wakil IJN,  Dr Mohd Azhari Yakub (dua dari kanan) selepas menandatangani  MoA.
DR Wahid (tiga dari kiri) bersama wakil IJN, Dr Mohd Azhari Yakub (dua dari kanan) selepas menandatangani MoA.
HM Digital

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meneruskan kerjasama sedia ada bagi tempoh empat tahun akan datang.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata, perjanjian antara kedua-dua institusi sejak 2013 menghasilkan 311 artikel antarabangsa membabitkan geran penyelidikan bernilai RM7.4 juta.

Beliau berkata, kejayaan UTM dalam bidang penyelidikan disokong geran penyelidikan yang mencukupi serta kerjasama agensi berkaitan dan universiti tempatan dan antarabangsa.

“Dalam tempoh itu, 29 harta intelek difailkan. Melalui memorandum ini, satu pusat penyelidikan kejuruteraan kardiavaskular IJN-UTM dibina bagi menambah jalinan kerjasama antara IJN dan UTM.

“Menerusi perjanjian baru ini, kami akan kekalkan tugas-tugas penyelidikan dan­ pembangunan sistem yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat.

“UTM yang juga antara universiti terbilang di Malaysia aktif dalam penyelidikan, terutama dalam bidang kejuruteraan dan sains,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara UTM dan IJN di UTM Skudai di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 6:09 AM