BN Johor semasa melancarkan manifesto baru-baru ini. (Gambar kecil) Md Jais.
BN Johor semasa melancarkan manifesto baru-baru ini. (Gambar kecil) Md Jais.
Mohd Fahmi Mohd Yusof

SEMUA 82 bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor yang bakal diumumkan minggu depan ‘lulus’ sepenuhnya selepas melalui tapisan pelbagai agensi.

Perkara itu disahkan sendiri Setiausaha BN Johor, Datuk Md Jais Sarday ketika dihubungi NSTP di Johor Bahru, semalam.

Katanya, semua calon yang dipilih ‘lulus’ saringan beberapa agensi seperti Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“€œSemua calon yang dipilih akan diperhalusi secara terperinci membabitkan semua aspek dan semuanya bebas daripada rekod insolvensi, SPRM serta tiada rekod polis.

“€œBN Johor sudah ada senarai cuma masih menunggu watikah dikeluarkan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak) kepada semua calon terpilih,” katanya.

Md Jais berkata, watikah itu penting bagi mengesahkan calon yang terpilih itu sebagai wakil BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“œWatikah ini juga sebagai pengesahan dan kebenaran calon itu menggunakan logo BN dan akan dilampirkan bersama borang ketika penamaan calon pada 28 April nanti.

“€œBagaimanapun, BN Johor masih menunggu watikah dan selepas menerimanya barulah majlis penyampaian rasmi dibuat Pengerusi BN negeri (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 8:45 PM