NAJIB (duduk, tengah) menghadiri majlis pernikahan anak Mohd Puad, Nur Hanini (dua kanan) dan Mohamad Azim (dua kiri). FOTO Ahmad Irhmah Mohd Noor
NAJIB (duduk, tengah) menghadiri majlis pernikahan anak Mohd Puad, Nur Hanini (dua kanan) dan Mohamad Azim (dua kiri). FOTO Ahmad Irhmah Mohd Noor
Siti A’isyah Sukaimi


DATUK Seri Najib Razak menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di hotel di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri , yang tiba 5.20 petang tadi disambut Mohd Puad serta isteri, Datin Rubiah Leman.

Sebelum itu, anak perempuan Mohd Puad, Nur Hanini, 28, dan pasangannya, Mohamad Azim Isam Isa, 28, dinikahkan sendiri oleh Mohd Puad pada 3.43 petang.

Najib turut bergambar dan menyertai jamuan makan bersama mempelai serta pengantin.

Kira-kira 150 tetamu memeriahkan majlis pernikahan itu manakala majlis persandingan akan berlangsung esok di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya (PPj).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 7:41 PM