AMIRUL
AMIRUL
HM Digital

Kuala Lumpur: Seorang lelaki menjadi buruan utama polis selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah ragut di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki dikenali sebagai, Amirul Syuib Sulaiman, 26, tinggal di alamat terakhir di No 45, Taman Taming Impian 1, Taman Taming Impian, Kajang, Selangor.

“Suspek dikehendaki berhubung beberapa kes ragut di sekitar ibu kota. Suspek aktif menjadikan wanita yang memakai rantai emas sebagai sasarannya.

“Suspek juga pernah ditahan sebanyak 14 kali bagi membantu siasatan berkaitan jenayah ragut.

“Orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat boleh melaporkannya terus kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi, Asisten Superintendan Gunalan di talian 0193114418,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 4:13 AM