NAJIB bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga dari kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada P Amarthuvaly,63, yang memenangi cabutan bertuah berupa rumah PR1MA  pada  majlis perasmian penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, hari ini. FOTO Amran Hamid
NAJIB bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga dari kiri) menyampaikan replika kunci rumah kepada P Amarthuvaly,63, yang memenangi cabutan bertuah berupa rumah PR1MA pada majlis perasmian penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman, hari ini. FOTO Amran Hamid
Team NSTP Kedah


DOA seorang anak yang mahu ibu bapanya memiliki kediaman lebih selesa tertunai apabila tuah memihak kepada mereka selepas ibunya diumum sebagai pemenang hadiah utama sebuah rumah, hari ini.

P Amarthuvaly, 63, yang tinggal di Flat Alor Malai, Alor Setar menerima hadiah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani pada cabutan bertuah sempena Ekspo Muafakat Kedah (EMK) di pekarangan Stadium Darul

Lebih menggembirakan apabila pemenang hadiah cabutan utama itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas merasmikan penutupan EMK.

Anaknya, S Nalini, 32, berkata, ibunya tinggal di flat itu sejak 43 tahun lalu bersama bapanya R Superian, 67, dan berhasrat untuk mendapatkan rumah teres yang lebih selesa buat mereka.

"Faktor usia mereka menyebabkan tidak lagi sesuai tinggal di tingkat lima apabila perlu menggunakan tangga kerana tiada kemudahan lif.

"Sebab itu saya mengajak mak dan adik datang ke ekspo ini semalam untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan harapan mendapat rumah itu.

"Malah, tidak sangka percubaan kali pertama sahaja sudah berjaya apabila nama mak diumumkan sebagai pemenang dan ini mungkin berkat doa kami yang berharap memenangi cabutan ini," katanya.

Seorang lagi pemenang rumah PR1MA, Noor Azie Syamira Noor Yakin, 26, berkata, dia sangat terkejut apabila mendapat panggilan telefon jam 1.15 tengah hari ini memaklumkan dia memenangi hadiah rumah.

Katanya, dia tidak menyangka tuah memihak kepadanya biarpun tidak pernah merancang untuk memiliki rumah dalam masa terdekat.

"Saya baru bekerja tahun lalu, jadi saya merancang untuk memiliki rumah 10 tahun lagi, sehingga kini saya masih tergamam dan seperti bermimpi akan menerima hadiah cabutan bertuah ini daripada Perdana Menteri di atas pentas utama ekspo," kata gadis berasal dari Pendang ini.

Sementara itu, peniaga pasar malam, Faizal Muhayudin, 35, dia bersyukur dapat menumpang tuah anak keduanya Muhammad Firash Fitri berusia dua tahun apabila diumumkan sebagai pemenang kereta Haval.

"Pendapatan saya sebagai peniaga pasar malam biasa-biasa saja dan hanya mampu menggunakan kereta Proton Iswara sejak sekian lama.

"Selepas ini, dapatlah saya memandu kereta import pula dan akan jaga kereta ini baik-baik supaya kami sekeluarga dapat menggunakannya dalam tempoh lama.

“Mungkin anak pula dapat memandu kereta ini apabila mereka dewasa nanti," katanya yang berasal dari Kuala Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Mac 2018 @ 9:12 PM