Anggota bomba menyelamatkan lelaki yang pengsan menggunakan kren di dek sebuah kapal di Kampung Acheh, Sitiawan. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba menyelamatkan lelaki yang pengsan menggunakan kren di dek sebuah kapal di Kampung Acheh, Sitiawan. FOTO Ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


LELAKI berusia 50-an terpaksa diangkat menggunakan kren selepas pengsan ketika sedang bekerja di sebuah kapal di Kampung Acheh, Sitiawan hari ini.

Dalam kejadian 7 malam itu, lelaki terbabit tidak sedarkan diri ketika sedang berkerja di dek kedua sebuah kapal yang dalam kerja pembaikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.59 petang.

Menurutnya, lima anggota dan sebuah jentera yang diketuai Pegawai Bomba Husni Sawal Ismail digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika bomba tiba mangsa sudah sedarkan diri, bagaimanapun masih berada dalam keadaan lemah serta tidak mampu berjalan dan mungkin pengsan akibat terlalu letih.

"Bomba bertindak meletakkannya di atas pengusung sebelum mengangkat keluar dari dek dengan menggunakan kren," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, ketinggian dek itu dianggarkan kira-kira 8 meter dan mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Seri Manjung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 10:11 PM