GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

SERATUS SEPULUH mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Bera dekat Kuantan, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kol (PA) Zainal Yusof berkata, semua mereka terdiri daripada 26 keluarga ditempatkan di PPS Surau Tanjung Jaya, sejak 11 malam.

Katanya mereka terdiri daripada penduduk sekitar Taman Perumahan Tanjung Jaya, Simpang Bukit Mendi di Triang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 11:30 AM