DADAH yang dirampas daripada seorang lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel di Kampung Kepayang, kelmarin.
DADAH yang dirampas daripada seorang lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel di Kampung Kepayang, kelmarin.
Farah Suhaidah Othman

Ipoh: Seorang mekanik berusia 41 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki motosikal di Kampung Kepayang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dalam serbuan jam 5.01 petang dijalankan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, polis turut merampas 12 peket plastik lut sinar dipercayai heroin dalam beg pinggang suspek.

“Dadah dianggarkan seberat 690 gram itu bernilai RM250. Polis turut merampas wang tunai RM1,027 yang disyaki hasil jualan dadah,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif morfin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 4:08 AM