Tuanku Muhriz berkenan hadir ke Majlis Negeri Sembilan berselawat. Turut sama hadir Mohamad. Hazreen Mohamad
Tuanku Muhriz berkenan hadir ke Majlis Negeri Sembilan berselawat. Turut sama hadir Mohamad. Hazreen Mohamad
Khairul Najib Asarulah Khan


YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, malam tadi.

Turut mencemar duli, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Program anjuran kerajaan negeri sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-70, Ahad ini, dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna, doa serta qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hampir 7,000 orang menghadiri majlis terbabit yang bermula jam 9 malam ini.

Ia turut menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan Syeikh Abd Razak Al Masri yang menyampaikan tausiyah.

Antara qasidah dan selawat disampaikan Syech Abdul Qadir ialah Assalamu'alaika, Ya Rasulullah Ya Nabi, In Qila Zurtum, Al Maadad dan lain-lain.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, barisan exco kerajaan negeri, ketua jabatan negeri dan agensi kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 11:18 PM