Jalaludin mengisi petrol pada motosikal salah seorang penunggang di FELDA Lui Muda, hari ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Jalaludin mengisi petrol pada motosikal salah seorang penunggang di FELDA Lui Muda, hari ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


SERAMAI 500 pemilik motosikal mengisi petrol secara percuma pada program Jom Isi Minyak Percuma DUN Sungai Lui di sebuah stesen minyak di FELDA Lui Muda, Jempol, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu Datuk Jalaludin Alias berkata, setiap pemilik motosikal dibenarkan mengisi petrol RM5 yang bertujuan membantu menangani kos sara hidup mereka.

Katanya, pihaknya memperuntukkan RM2,500 untuk menjayakan program itu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali.

Pemilik motosikal, Mohd Hashim Jamaluddin, 30, berkata, dia bersyukur atas pemberian itu yang dianggapnya sebagai rezeki.

"Saya dalam perjalanan dari Jempol menuju ke Kemayan, Pahang dan berhenti untuk mengisi minyak.

“Sewaktu mahu membayarnya, saya diberitahu ia percuma menerusi program dilaksanakan itu.

"Alhamdulillah, ini rezeki dan petrol hampir memenuhi tangki motosikal saya," katanya yang mahu program diperluaskan di kawasan Bera dan Kemayan.

Menurutnya, selain dirinya, penunggang motosikal yang melalui Jalan Bahau-Temerloh turut menerima rezeki yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2017 @ 5:53 PM