MOHAMAD Syafie Abdul Rahman, 42, bersama anaknya berjalan di atas titi kayu selepas kedainya Kampung Paloh Nyoir, Hulu Terengganu dilanda banjir. FOTO Ghazali Kori
MOHAMAD Syafie Abdul Rahman, 42, bersama anaknya berjalan di atas titi kayu selepas kedainya Kampung Paloh Nyoir, Hulu Terengganu dilanda banjir. FOTO Ghazali Kori
Isma Ismail


SEMUA pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Terengganu sudah ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Terengganu turut mencatatkan penurunan pada 7 malam, hari ini.

Sehingga malam ini, hanya tinggal 1,260 orang daripada 293 keluarga yang masih ditempatkan di 31 PPS berbanding 1,787 orang daripada 517 keluarga, tengah hari tadi.

Jumlah mangsa di Besut yang meningkat kepada 1,444 orang daripada 408 keluarga di 34 PPS pada tengah hari juga menurun malam ini menjadikan 1,044 daripada 239 keluarga ditempatkan di 22 PPS.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, keadaan di daerah lain juga mencatatkan keadaan yang sama kecuali di Kuala Nerus yang masih kekal jumlahnya manakala Kuala Terengganu mencatatkan sedikit pertambahan mangsa.

Daerah Setiu kini menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga di satu PPS berbanding 79 mangsa daripada 22 keluarga di lima PPS sebelumnya.

Di Marang pula, 48 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di tiga PPS berbanding 60 mangsa daripada 20 keluarga di enam PPS.

Jumlah mangsa di Dungun turut berkurang kepada 40 orang daripada 10 keluarga di dua PPS berbanding 51 orang daripada 14 keluarga di tiga PPS pada tengah hari.

Kuala Nerus kekal dengan 47 orang daripada 12 keluarga di dua PPS manakala Kuala Terengganu bertambah kepada 59 orang daripada 13 keluarga di satu PPS berbanding 48 orang daripada 12 keluarga di satu PPS sebelumnya.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 8:27 PM