FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Mohd Hasbi Sidek


SEORANG lelaki warga Nigeria ditemui mati dipercayai akibat sakit jantung di sebuah rumah teres di Jalan 1/38C, Taman Sri Kepong Baru, dekat Kepong, hari ini.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui pemilik rumah di lokasi kejadian kira-kira 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten R Munusamy berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kejadian sebelum pegawai penyiasat bersama jurugambar bergegas ke lokasi.

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia dan menemui kesan luka pada dahi.

"Bagaimanapun, siasatan di lokasi mendapati tiada kesan pecah masuk. Tiada sebarang senjata dijumpai dan keadaan bilik tidak berselerak," katanya.

Jelasnya, daripada temubual dengan pemilik rumah, lelaki berkenaan menyewa salah sebuah bilik di rumah teres tiga tingkat itu seorang diri sejak setahun lalu.

"Mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Kematian disebabkan oleh serangan jantung

dan menurut doktor kecederaan di bahagian dahi kemungkinan akibat jatuh ketika kena serangan sakit jantung.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 10:51 PM