Tun Abdul Rahman Abbas. FOTO arkib NSTP
Tun Abdul Rahman Abbas. FOTO arkib NSTP
Zuhainy Zulkiffli


KERAJAAN Pulau Pinang menafikan berita kurang tepat mengenai kesihatan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang tular di media.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus berkata, kesihatan Abdul Rahman dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan selepas menjalani pembedahan usus pada 22 Oktober lalu.

“Beliau dimasukkan ke HPP bagi menjalani pemeriksaan selepas mengadu sakit perut pada 20 Oktober lalu dan berdasarkan pemeriksaan doktor, beliau perlu menjalani pembedahan usus.

“Beliau dinasihatkan meneruskan rehabilitasi serta memastikan keadaan Tun benar-benar pulih dan sihat sebelum dibenarkan pulang,” katanya dalam sidang media di Dewan undangan Negeri (DUN), hari ini.

Mengulas lanjut, Farizan berkata, setakat ini, lawatan ke atas beliau dihadkan kepada saudara terdekat, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri saja.

“Berdasarkan lawatan terkini, beliau sudah mula mobilisasi di wad Unit Rawatan rapi (ICU) HPP bagi membolehkan pemantauan dan rawatan terbaik dilakukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 4:56 PM