Saipul Adli Mohamad


KERAJAAN Negeri Pulau Pinang digesa menubuhkan badan bebas dengan segera untuk mengaudit semua kelulusan projek pembangunan di kaki, lereng dan cerun bukit di seluruh negeri selepas tragedi tanah runtuh yang menimbus 11 pekerja di kawasan pembinaan rumah mampu milik setinggi 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown Sabtu lalu.

Pengerusi MTPNPP Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, MTPNPP bagi pihak Kerajaan Persekutuan merakamkan rasa sedih dengan tragedi berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa terbabit serta berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, kenyataan media oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang memaklumkan projek perumahan di Lembah Permai itu tidak mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sangat mengejutkan.

"Apakah Pihak Berkuasa Negeri sama ada OSC atau Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) mengenepikan pandangan jabatan teknikal semasa memberikan kelulusan itu pada 10 Februari 2015?

"Kita amat hairan bagaimana satu projek tidak disokong sebuah jabatan teknikal masih diberi kelulusan oleh pihak berkuasa negeri. Seharusnya tiada kelulusan untuk sesuatu permohonan Kebenaran Merancang jika tidak mendapat sokongan semua jabatan teknikal terbabit.

"Jadi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mengambil tanggungjawab dan telus di atas kecelakaan membabitkan kehilangan 11 nyawa pada Sabtu lalu akibat keangkuhan mereka telah mengenepikan pandangan JAS dan kecelakaan yang berlaku bukan satu kemalangan biasa di tempat kerja, sebaliknya ia tidak mungkin berlaku sekiranya projek pembinaan itu tidak diluluskan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Zainal Abidin berkata, pihaknya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang menghentikan amalan menyalahkan orang lain di atas setiap kecelakaan berlaku di Pulau Pinang sejak mereka menjadi kerajaan negeri.

Beliau berkata, sudah sembilan tahun DAP menjadi kerajaan negeri, jadi belajarlah menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan jangan berterusan menjaja slogan Kompeten, Akauntabel dan Telus yang kosong.

Berita berkaitan

Belum terima gaji pertama

Semua mayat dah dikeluarkan

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Suruhanjaya siasat tragedi

[UPDATE] Mayat mangsa ke-11 dibawa keluar

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Semua 11 mangsa tertimbus dah ditemui

Mangsa ke-9 warga Bangladesh

Mangsa ke-9 bawah bongkah batu

Jumpa mayat ke-8

Padah guna dron di lokasi tanah runtuh

Tiga jam bawa keluar mayat ketujuh

'Mamang amat rindu anak'

Mayat tersepit antara konkrit, besi cerucuk

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 6:35 PM