LOKASI kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
LOKASI kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Rudy Syareme Sheriffudin


KERTAS cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, sudah dikemukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, siasatan suruhanjaya itu mengikut garis panduan Suruhanjaya Siasatan Negeri pada 2013.

"Suruhanjaya Siasatan Negeri akan menjalankan siasatan penuh dan bebas untuk mengetahui punca kejadian tanah runtuh itu.

“Satu tindakan akan diambil kepada mereka yang bertanggungjawab menerusi tiga ahli suruhanjaya siasatan dipilih.

"Mereka yang dipilih adalah Datuk Yeo Yang Poh (jurutera), Datuk Dr Gue See Sew dan Profesor Dr Ramli Nasir," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), hari ini.

Guan Eng berkata, tempoh tiga bulan akan diberikan untuk menyiapkan siasatan dengan laporan lengkap dan mereka diberi kuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk siasatan.

Beliau berkata, siasatan akan menentukan punca kegagalan cerun pembinaan sementara di tapak pembinaan serta mengenal pasti pihak bertanggungjawab dan pihak berkenaan disyorkan untuk mengemukakan tindakan sesuai termasuk tindakan undang-undang.

"Ia meliputi proses kajian dan prosedur kelulusan sama ada ia teratur serta mematuhi garis panduan ditetapkan serta cadangan untuk penambahbaikan.

"Satu semakan semula berhubung perkara berkaitan sama ada projek berkenaan dibina atas tanah landai atau lereng bukit yang menyebabkan cerun pembinaan sementara itu berlaku akibat kemalangan," katanya.

LIM Guan Eng menunjukkan buku Laporan Suruhanjaya Siasatan Mengenai Kegagalan Dua Struktur Awam di Negeri Pulau Pinang ketika sidang media di pejabatnya. FOTO Mikail Ong
LIM Guan Eng menunjukkan buku Laporan Suruhanjaya Siasatan Mengenai Kegagalan Dua Struktur Awam di Negeri Pulau Pinang ketika sidang media di pejabatnya. FOTO Mikail Ong

Sementara itu, Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan negeri akan terus melarang sebarang projek pemajuan bertingkat tinggi yang baru di tapak melebihi 76 meter dari aras laut dan larangan terhadap pemaju bangunan bertingkat tinggi di kawasan lereng bukit sudah dilaksanakan.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu diperkenalkan mengikut Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 melalui Dasar Khusus 3 Langkah 1.

"Mengikut dasar itu kawasan di paras 76 meter dan ke atas dari aras laut perlu dikekalkan sebagai kawasan berbukit/kawasan semulajadi dan dasar itu berkuatkuasa sejak pewartaannya melalui warta kerajaan bertarikh 28 Jun 2007.

"Berdasarkan rekod, tidak kurang 11 permohonan pemajuan bertingkat tinggi di kawasan melebihi 76 meter dari paras laut di di seluruh negeri sudah ditolak sejak 2008," katanya.

Beliau berkata, penolakan itu tidak termasuk dua projek dari Kerajaan Persekutuan untuk projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang terpaksa ditangguhkan untuk semakan semula kerana berada pada tapak melebihi 76 meter.

Katanya, pelaksanaan dasar itu berbeza dengan kerajaan terdahulu kerana menurut rekod sejak 2008, tidak kurang 28 skim perumahan bertingkat tinggi diluluskan untuk dibina.

Dalam kejadian Sabtu lalu, 11 kematian dilaporkan membabitkan seorang rakyat Malaysia, seorang warga Pakistan, Bangladesh (empat), Indonesia (dua) dan tiga warga Myanmar.

Berita berkaitan

Upacara pengebumian Jumaat ini

Keluarga masih bersedih

Belum terima gaji pertama

Semua mayat dah dikeluarkan

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Suruhanjaya siasat tragedi

[UPDATE] Mayat mangsa ke-11 dibawa keluar

Jumpa selepas 46 jam tertimbus

Semua 11 mangsa tertimbus dah ditemui

Mangsa ke-9 warga Bangladesh

Mangsa ke-9 bawah bongkah batu

Jumpa mayat ke-8

Padah guna dron di lokasi tanah runtuh

Tiga jam bawa keluar mayat ketujuh

'Mamang amat rindu anak'

Mayat tersepit antara konkrit, besi cerucuk

‘Henti projek serta-merta’

Sah 11 mangsa, cari 5 lagi

Enam dah jumpa

Mayat keempat ditemui

Operasi dihentikan 7 malam, sambung esok

Bina berdekatan kuari antara punca

'Saya mahu lihat jasadnya...'

Dua hingga tiga hari keluarkan mayat

Sah 14 tertimbus, 3 dah jumpa

'Belum tau punca' kata Datuk Bandar Penang

'Tak sampai 1 minit pun...semua tertimbus'

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 6:51 PM