Najib diiringi Ali ketika hadir di majlis MAPPA XV Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara di PICC. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Najib diiringi Ali ketika hadir di majlis MAPPA XV Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara di PICC. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


BEBERAPA khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi bayangan berita gembira itu ketika mengakhiri ucapannya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kelima Belas (MAPPA XV) dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, pagi ini.

"Saya faham, ramai yang ternanti-nanti pengumuman tertentu. Insya-Allah, beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk semua penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober nanti," katanya.

Ucapan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira-kira 7,000 penjawat awam yang hadir pada majlis amanat berkenaan.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 11:37 AM