ORANG ramai melihat jenazah mangsa kemalangan yang membabitkan motosikal dengan treler di Taman Mahsuri, Padang Serai hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
ORANG ramai melihat jenazah mangsa kemalangan yang membabitkan motosikal dengan treler di Taman Mahsuri, Padang Serai hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Azahar Hashim


REMAJA perempuan maut selepas digilis treler di jalan utama Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim hari ini.

Dalam kejadian 1.35 tengah hari berhampiran simpang Jalan Mahsuri 9F itu, mangsa, Nur Syazwin AnessaMohd Shakir,13, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Jalan Mahsuri 9F menghala ke jalan utama di taman berkenaan.

Katanya, treler yang dipandu seorang lelaki berusia 52 tahun itu juga dari arah sama.

"Siasatan awal di tempat kejadian dipercayai treler terbabit mahu membelok ke kanan dan tayar belakangnya mengilis motosikal mangsa yang berada di sebelah kanan.

"Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di badan.

"Jenazahnya kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 10:36 PM