NAJIB mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din ketika melawat gerai MRCB di Penang Sentral, Pulau Pinang, semalam.
NAJIB mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din ketika melawat gerai MRCB di Penang Sentral, Pulau Pinang, semalam.
Hadzlihady Hassan


Bayan Lepas: Rangka Tindakan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2016-2025 (Blueprint 2.0) bakal memberi peluang pekerjaan kepada lebih 161,000 penduduk di kawasan utara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, peluang pekerjaan itu membabitkan 80 projek pembangunan dalam pelbagai bidang utama seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan dan sebagainya.

Beliau berkata, menerusi Blueprint 2.0 juga, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) NCER dijangka mencecah RM300 billion menjelang 2025 dengan purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM12,964 manakala purata pendapatan isi rumah golongan B40 pula akan dilonjakkan sehingga mencapai RM6,043.

“Setakat akhir 2015 iaitu pada akhir Rangka Tindakan atau Blueprint pertama, NCER telah mencatat jumlah pelaburan terkumpul RM71.6 bilion.

“Kami harap pada 2025 nanti, NCER bakal merealisasikan jumlah pelaburan terkumpul sehingga mencecah RM146.5 bilion,” katanya ketika berucap melancarkan Blueprint 2.0 itu di Pusat Konvensyen Setia City, semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 5:40 AM