Mohd Azmi  menyampaikan amanat sempena perhimpunan aman Untukmu Ya Al-Aqsa di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Mohd Azmi menyampaikan amanat sempena perhimpunan aman Untukmu Ya Al-Aqsa di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Sebanyak 34 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kemanusiaan menyerahkan memorandum menuntut 12 perkara kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, di sini, dalam menangani isu pencabulan hak kebebasan beribadat oleh rejim Israel susulan penutupan Masjid al-Aqsa Jumaat lalu.

Walaupun masjid suci itu dibuka semula dengan kawalan keselamatan ketat, memorandum lima muka surat itu tetap diserahkan dua wakil NGO terbabit iaitu Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurut Mohd Azmi, usaha bertemu dengan Duta AS Kamala Shirin Lakhdir bagaimanapun tidak berhasil dan hanya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Ketua Pegawai Keselamatannya.

“Antara perkara paling besar yang dituntut dalam 12 perkara itu adalah mendesak Presiden AS Donald Trump menghentikan sebarang sokongan kepada Israel walaupun mengetahui ia tindakan yang mustahil dilakukan.

“Kami turut mendesak AS memberi tekanan kepada Israel supaya mengembalikan status kebebasan beribadah di Masjid al-Aqsa yang tidak boleh disentuh walaupun seinci kerana ia menimbulkan kemarahan 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui pemberita,di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 6:34 AM