MURSHID bagi Da'i musim ke-5, Datuk Ustaz Kazim Elias (tengah) bersama barisan juri & para peserta di sidang media mengumumkan Da'i musim ke-5 yang berlangsung di Masjid Negara. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
MURSHID bagi Da'i musim ke-5, Datuk Ustaz Kazim Elias (tengah) bersama barisan juri & para peserta di sidang media mengumumkan Da'i musim ke-5 yang berlangsung di Masjid Negara. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Amirul Haswendy Ashari.


PROGRAM realiti keagamaan, Da'i Pendakwah Nusantara kembali untuk musim ke lima dengan menampilkan 12 peserta bermula 16 Julai ini.

Peserta musim ini ialah Aiman Sufyan Aezman (Selangor), Muhammad Luqman Hakim Othman (Selangor), Samsudin Ibrahim (Sabah), Muhammad Fahmi Zulkifli (Melaka), Muhammad Izzudin Mohd Nasir (Kelantan) dan Muhammad Luqman Roslan (Kuala Lumpur.

Peserta wanita pula, Ilhami Nadhrah Hamzah (Terengganu), Nur Afiqah Mahmud (Kedah), Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah (Selangor), Nor Zahirah Mohd Johari (Kedah), Nik Nur Adneen Ismail (Terengganu) dan Humaira' Mohammad Akhir dari Kedah.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Siti Nurlisa Mohd Nadzri berkata, Da'i Pendakwah Nusantara memperkenalkan slogan baharu iaitu Refleksi Diri Penggerak Dakwah, tahun ini.

"Tahun lalu program ini berjaya meraih 4.2 juta penonton, sekaligus membuka mata golongan muda untuk terus mendekati Da'i.

"Malah, bekas peserta Da'i musim ke-4, Da'i Hazman pernah mewakili negara pada program Aksiasia (Akademi Sahur Indosiar) di Indonesia bulan lalu," katanya bangga.

Da'i musim ini mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (Ketua Pengajar), dibantu Murabbi (tenaga pengajar) terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah.

Juri pula Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Juara Da'i Pendakwah Nusantara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi dan pakej umrah. Pemenang saguhati pula mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi setiap seorang.

Program realiti ini dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Zainal Ariffin Ismail, bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 3:05 PM