PENJENAYAH yang ditahan ahli RC Pujut dibawa ke balai polis.
PENJENAYAH yang ditahan ahli RC Pujut dibawa ke balai polis.
myMetro

Miri: Lima ahli Jawatankuasa Penduduk (RC) Pujut bersama sebilangan orang awam bergelut lebih 10 minit dengan dua lelaki yang menceroboh sebuah rumah di Pujut 4B, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.40 malam, seorang penjenayah berusia 30-an itu ditahan, namun seorang lagi meloloskan diri.

Timbalan Pengerusi RC Pujut, Malateh Mahmud berkata, sebelum kejadian, pihaknya melakukan rondaan di kawasan perumahan itu menemui motosikal ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, lima ahli RC membuat pemeriksaan dan melihat dua penjenayah terbabit keluar dari rumah yang baru dicerobohi.

“Tidak lama kemudian, dua lelaki terbabit memanjat keluar dari tembok rumah itu dalam keadaan tergesa-gesa.

“Ahli RC Pujut bersama penduduk cuba mendekati mereka secara baik, bagaimanapun kedua-duanya bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 6:27 AM