LELAKI yang mahu terjun dari tingkat empat diselamatkan anggota bomba yang turun dari tingkat lima. FOTO Recqueal Raimi
LELAKI yang mahu terjun dari tingkat empat diselamatkan anggota bomba yang turun dari tingkat lima. FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


TINDAKAN pantas bomba berjaya menyelamatkan lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat flet di Telipok Ria, dekat Tuaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Asnan Led berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian pada 5.10 pagi.

Katanya, satu jentera dengan kekuatan lapan anggota BBP Tuaran dibantu seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati lelaki berusia 26 tahun berada di bahagian tingkap rumah di tingkat empat blok flet itu.

"Kerja memujuk lelaki terbabit dilakukan dan pada masa sama seorang anggota turun menggunakan tali dari tingkat lima, sebelum memeluk lelaki itu dan menolaknya masuk ke dalam rumah.

"Lelaki berjaya diselamatkan pada 7.21 pagi," katanya.

Menurut Asnan, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2017 @ 10:59 AM