TWEET Khalid mengumumkan penangkapan ‘Catt Ginger’
TWEET Khalid mengumumkan penangkapan ‘Catt Ginger’
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


JABATAN Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menahan pemilik akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama Catt Ginger kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Penahanan individu itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter, 9.14 pagi, hari ini.

"Syabas JSJ KL berjaya tangkap 'Catt Ginger' yang menghina Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Pemilik akaun menggunakan nama Catt Ginger dikatakan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang disunting pada bahagian hidung dengan meletakkan wajah babi.

Gambar terbabit dipercayai dimuat naik pada 25 Jun lalu iaitu hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri dan ia menjadi tular dan dikongsi netizen yang rata-rata mengecam tindakan itu.

Bagaimanapun, semakan yang dibuat di FB mendapati akaun Catt Ginger tidak lagi aktif.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 11:53 AM