Muhammad Zulkhairi (dua dari kanan)  menyampaikan sumbangan  kepada Mohd Kamal Sumsudin di BB Prai, semalam.
Muhammad Zulkhairi (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Kamal Sumsudin di BB Prai, semalam.

Prai: Badan Khairat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Kuala Lumpur meringankan beban ahlinya dengan bantuan duit raya dan sumbangan sempena Ramadan.

Lima ahli Badan Khairat NSTP cawangan Prai masing-masing menerima RM500 di Surau Balai Berita (BB) Prai di sini, kelmarin.

Pengerusi Badan Khairat BB Prai, Muhammad Zulkhairi Ismail berkata, Badan Khairat NSTP Kuala Lumpur memperuntukkan RM4,000 bagi sumbangan berbuka puasa dan duit raya kepada kakitangan terpilih.

“Keseluruhan peruntukan berbuka puasa berjumlah RM1,500 dan duit raya RM500 kepada lima kakitangan yang juga ahli Badan Khairat BB Prai.

“Kakitangan terpilih berdasarkan beberapa faktor seperti kurang berkemampuan, sakit dan pelbagai lagi.

“Hampir 60 ahli berdaftar di bawah Badan Khairat BB Prai dikenakan potongan bulanan minimum RM10 dan antara faedah dinikmati termasuk sumbangan kematian kepada ahli RM2,000, bagi suami, isteri atau anak RM1,000, manakala bagi ibu bapa RM500,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 7:28 AM