Mohd Hilmi Mahmud


Bayan Lepas: Kepak ayam dibersihkan dan diperap dengan madu sehingga lapan jam sebelum dibakar. Itu rahsia istimewa ‘kepak ayam madu’ keluarga Zaharah Ibrahim yang menjual makanan berkenaan di Bazar Ramadan Bayan Baru.

Resipi diwarisi daripada ibunya itu digunakan untuk memasak kepak ayam madu dan dijual kepada pelanggan setiap kali tiba Ramadan sejak 15 tahun lalu.

Zaharah, 40, berkata, dia sudah berniaga kepak ayam madu itu sejak berusia 25 tahun dan ketika itu dia berniaga bersama dengan dua anaknya yang masih bersekolah.

“Saya mula menjual kepak ayam ini pada usia 25 tahun. Ketika itu dua anak masih bersekolah datang ke bazar untuk membantu saya membakar dan menjual kepak ayam.

“Harga satu kepak ayam ketika itu adalah RM1 dan sekarang harga satu kepak ayam adalah RM2. Harga terpaksa dinaikkan berikutan harga bahan mentah naik,” katanya.

Terdahulu, Zaharah menerima sumbangan payung serta apron daripada syarikat Coca-Cola sempena Ramadan yang membolehkan dia serta dua anak berniaga di Bazar Ramadan Bayan Baru itu dalam keadaan kemas dan teratur.

Kunjungi trak Coca-Cola kami untuk tawaran menarik sepanjang Ramadan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 11:17 AM