BAS yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Polis
BAS yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Polis
Mohamad Fahd Rahmat


EMPAT penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki melanggar bas ekspress lain di Kilometer 81.2 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng, 1.20 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dua bas terbabit dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

"Satu kemalangan jalan raya berlaku membabitkan dua bas ekpress. Kemalangan dipercayai berlaku ketika satu daripada bas dilanggar dari belakang oleh bas lain.

"Terdapat 25 penumpang dan dua pemandu dalam bas yang melanggar dan 16 penumpang serta dua pemandu dalam bas yang dilanggar.

"Kedua pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan itu sedang membuat laporan polis," katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 6:58 PM