Muhammad Zulkaizam meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, Dungun, hari ini. FOTO Rosli Ilham
Muhammad Zulkaizam meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, Dungun, hari ini. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


PEMBANTU kantin maut selepas Perodua Axia dipandunya bertembung Mercedez Benz dalam kejadian Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 8.20 pagi, Muhammad Zulkaizam Noor Nasan, 22, berasal dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Paka ke Dungun itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan kanan jalan lalu bertembung dengan Mercedes Benz dari arah bertentangan.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Petronas Chemical Cerivatives Sdn Bhd, dalam perjalanan ke Bandar Paka untuk membeli barangan untuk berniaga di kantin syarikat terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, sepasukan enam anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan kedua-dua pemandu kereta terbabit yang tersepit di tempat duduk.

"Mangsa yang maut dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala pemandu kereta Mercedes Benz yang juga wanita, cedera dan dihantar ke hospital sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 2:33 PM