MOHD Khalil (kanan) menganugerahkan DPSM kepada  Ahmad Izham  di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
MOHD Khalil (kanan) menganugerahkan DPSM kepada Ahmad Izham di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio Ahmad Izham Omar antara 68 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob Ke-78, semalam.

Selain beliau, Pengerusi EDRA Power Holdings Sdn Bhd Lin Jian dan Pengarang Utusan Malaysia Zulkefli Hamzah, turut mendapat darjah yang sama.

Sesi ketiga pemberian darjah itu membabitkan 425 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka, semalam yang didahului Pengarah Urusan Oriental Food Industries Holdings Bhd Datuk Son Chen Chuan dikurniakan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2016 @ 5:21 AM