TIEN meninggal dunia akibat tersepit di mesin membuat batu-bata.
TIEN meninggal dunia akibat tersepit di mesin membuat batu-bata.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Padawan: Sebuah kilang batu-bata di Jalan Lama Landeh, di sini, gempar apabila seorang pekerjanya maut selepas tersepit di sebuah mesin membuat bahan binaan itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, pekerja kilang terbabit terkejut melihat mangsa, Tien Pau Sung, 40, tersepit di mesin batu-bata berkenaan.

Rakan mangsa segera mematikan mesin berkenaan sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Sementara menunggu bomba tiba, beberapa pekerja berusaha mengeluarkan mangsa dan mayatnya diletakkan di ruang lapang kilang berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.49 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, di sini, dikejarkan ke lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2016 @ 5:52 AM