GURU Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor,  Muhamad Suhaimi Muhamad Sunar menampal notis penutupan sekolah.
GURU Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, Muhamad Suhaimi Muhamad Sunar menampal notis penutupan sekolah.
PELANCONG memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika bersiar-siar bersama keluarga di sekitar Jonker Walk, Melaka.
PELANCONG memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika bersiar-siar bersama keluarga di sekitar Jonker Walk, Melaka.
Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Kawasan kebakaran semakin meluas di Sumatera dan Kalimantan menjadi antara faktor penyebab mengapa jerebu kembali ke pantai barat Semenanjung.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataannya memberitahu, jerebu kini meningkat di sekitar Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

“Selain itu, kehadiran Taufan Dujuan menyebabkan negara menerima tiupan angin Barat Daya yang konsisten dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

“Berikutan itu, kita jangka asap jerebu akan berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

Jelas beliau, laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) di Singapura, semalam turut mengesan empat titik panas di Kalimantan dan 61 lagi di Sumatera.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 9:03 AM