DR Muhammad Najib  (kiri) dan Pengarah Kesihatan Perak, Dr Juita Ghazalie (dua dari kanan)  menziarahi 19 calon UPSR yang mengalami  keracunan makanan di  Hospital Kuala Kangsar.
DR Muhammad Najib (kiri) dan Pengarah Kesihatan Perak, Dr Juita Ghazalie (dua dari kanan) menziarahi 19 calon UPSR yang mengalami keracunan makanan di Hospital Kuala Kangsar.
Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham dan Farah Suhaidah Othman

Kuala Kangsar: Seramai 19 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sebuah sekolah, semalam, terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan di hospital selepas mereka mengalami simptom keracunan makanan selepas makan kari ayam dan ayam masak merah.

Semua murid terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) selepas tamat peperiksaan mata pelajaran Sains jam 10 pagi apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda mengalami keracunan yang serius.

Sebaik tiba di HKK, mereka diberikan rawatan sebelum dibenarkan mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris di hospital berkenaan, jam 11.15 pagi.

Seorang abang kepada murid berkenaan yang enggan dikenali berkata, adiknya mengadu mengalami sakit perut sejak Isnin lalu dan semakin teruk sebelum pihak sekolah memaklumkan adiknya dimasukkan ke hospital selepas disyaki keracunan makanan, semalam.

“Pihak sekolah hubungi saya jam 10 pagi dan memaklumkan adik berada di hospital selepas disyaki keracunan makanan dan meminta keluarga datang melawat. Keadaan adik makin teruk pagi tadi (semalam) akibat muntah dan cirit-birit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 6:28 AM