KERETA milik suspek yang rosak dalam kejadian di Bukit Marak.
KERETA milik suspek yang rosak dalam kejadian di Bukit Marak.

Kota Bharu: Tidak sampai 15 jam berjoli dengan hasil samun bernilai RM22,000, dua ahli Geng Stopa Pohon Seto termasuk seorang wanita ditahan ketika berehat di tepi jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Binjai di sini, semalam.

Mereka yang juga pasangan kekasih berusia 43 tahun dan 28 tahun ditahan kira-kira jam 12.20 tengah malam dalam Proton Satria Neo.

Sebelum itu, pada jam 9.30 pagi, kedua-dua mereka bersama seorang rakan lelaki dipercayai menyamun barang kemas milik warga emas berusia 72 tahun di Kampung Gertak Kechupa, Sering menyebabkan wanita itu kerugian RM22,000.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dua suspek itu ditahan pasukan unit siasatan khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang melakukan rondaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 10:30 AM