ANGGOTA polis menahan empat lelaki  warga Iraq (duduk di kerusi)  yang leka berjudi.
ANGGOTA polis menahan empat lelaki warga Iraq (duduk di kerusi) yang leka berjudi.
Oleh Mohd Rizal Abdulla

Kuala Lumpur: Minum teh tarik sambil berjudi. Itu dikesan dilakukan berpuluh pelanggan sebuah restoran mamak di Bukit Jalil, di sini, yang didapati bertaruh judi mahjung dan daun terup saban malam secara terang terangan.

Kumpulan kaki judi terbabit tidak menggunakan wang sebagai taruhan sebaliknya menulis skor kemenangan di dalam buku bagi mengaburi kegiatan haram mereka.

Malah, kumpulan kaki judi dikesan semakin galak berkumpul dan memenuhi restoran itu untuk bertaruh pelbagai jenis judi terutama pada hujung minggu.

Kegiatan tidak ubah seperti pesta judi itu dikesan turut menarik perhatian kaki judi dalam kalangan lelaki warga Timur Tengah yang dikesan bertaruh ribuan ringgit setiap malam.

Aktiviti minum teh tarik sambil berjudi itu dapat dilihat antara jam 9 malam sehingga 12 tengah malam dan kebanyakan mereka adalah lelaki tempatan dan warga asing yang menjadikan mahjong sebagai permainan utama.

Penyamaran dilakukan wartawan Harian Metro sejak beberapa minggu lalu mendapati hampir 60 peratus pelanggan di restoran itu bermain daun terup dan mahjung di beberapa meja yang disusun di luar premis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 7:37 AM