LORI kecil dan kenderaan yang dirempuh.
LORI kecil dan kenderaan yang dirempuh.
Oleh Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: “Pemandu lori membawa muatan tanah itu hampir membunuh saya. Mujur kenderaan berat itu terbabas sebelum terbalik,” kata seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 40-an.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, lori seberat 10 tan itu hilang kawalan ketika melalui Jalan Duta di sini, sebelum merempuh lori dipandu mangsa.

Kemalangan itu turut menyebabkan sebuah pacuan empat roda dan dua kereta mengalami kerosakan akibat rempuhan berkenaan.

Wong berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan menghantar perabot dari kilang di Sungai Buloh ke ibu kota.

“Lori itu tiba-tiba merempuh kenderaan saya menyebabkan saya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan dan sebuah kenderaan di hadapan.

“Lori seberat 10 tan itu kemudian merempuh beberapa batang pokok palma sebelum terbalik di bahu jalan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:08 AM