Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Melakukan aktiviti luar atau berparti pastinya lebih menarik jika ada muzik yang mampu menghasilkan bunyi sama seperti berada di konsert.

  Kejelasan penghasilan bunyi bersama-sama dentuman bass akan menjadi keutamaan sesiapa saja yang gemar dengan aktiviti luar berkenaan.

  Untuk itu, Samsung menerusi 'menara speakernya' iaitu Sound Tower MX-T70 menawarkan keupayaan penghasilan bunyi umpama menghadiri konsert.

  Penghasilan bunyi yang padat berkenaan adalah hasil kuasa 1500Watt bersama-sama dengan padanan woofer terbina sekali gus memberi hasil runut bunyi yang lebih baik.

  Samsung Sound Tower MX-T70 ini turut dilengkapi dengan speaker dwi arah atau 'Bi-Directional' sekali gus memberi capaian kesan bunyi yang menyeluruh.

  Perkakas ini juga didatangkan dengan mod karaoke malah pengguna boleh melakukan padanan dengan televisyen secara tanpa wayar (Bluetooth).

  Menyentuh aspek kualiti bunyi, MX-T70 ini menghasilkan bunyi bass yang lebih 'punchy' hasil daripada padanan penggalak bass sesuai untuk citarasa pengguna hari ini.

  Ia juga turut didatangkan dengan aplikasi Samsung Sound Tower bagi membolehkan pengguna melakukan kawalan muzik hanya penggunakan peranti pintar saja.

  Tidak cukup dengan itu, perkakas ini juga menyokong kefungsian pemain kumpulan atau 'Group Play' dengan menyambungkan kepada Samsung Giga Party Audio dengan perkakas lain untuk penghasilan kualiti bunyi lebih unik.

  Selain itu, pengguna juga boleh melakukan padanan sambungan Bluetooth dan Samsung Sound Tower ini menyokong dua peranti pintar dalam satu-satu masa tanpa sebarang masalah dan perkakas ini juga didatangkan dengan keupayaan ketahanan air.

  Menyentuh 'mood' parti seperti yang dinyatakan diawal tadi, perkakas ini turut didatangkan dengan padanan lampu daripada mod biasa sehingga kepada mod parti.

Ia didatangkan alat kawalan jauh bagi memudahkan pengguna untuk membuat penukaran lagu, mod dan sebagainya.

Tanda harga untuk Sound Tower MX-T50 (MX-T50/XM) adalah RM1,199 manakala untuk MX-T70 (MX-T70/XM) RM1,999.

Pengguna juga boleh menyemak butiran terperinci serta kadar promosi terkini untuk peranti 'Sound Tower' ini menerusi kedai rasmi Samsung Online Store.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 8:37 PM