LENOVO lancarkan produk terbaharu.
LENOVO lancarkan produk terbaharu.
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT pengeluar laptop terkemuka, Lenovo baru-baru ini melancarkan produk terbaharu mereka daripada siri keluaran Lenovo Yoga yang menggunakan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-10.

Pengenalan barisan baharu laptop Lenovo Yoga 7i didatangkan dengan beberapa variasi termasuk skrin paparan berkeluasan 14 inci atau 15 inci menggunakan teknologi paparan panel IPS.

Pengguna juga boleh memilih keupayaan skrin paparan untuk Definisi Penuh (FHD) dan Definisi Ultra Tinggi (UHD).

Menyentuh aspek spesifikasi untuk Yoga Slim 7i, ia menggunakan Intel Core i7-1065G7 yang dipadankan bersama kapasiti memori (RAM) 16GB rekaan LPDDR4X dengan bacaan frekuensi 3200Mhz.

Untuk pengalaman kepenggunaan yang lebih baik, laptop berkenaan menggunakan konfigurasi Unit Pemproses Grafik (GPU) keluaran Nvidia GeForce MX330 atau MX350 manakala storan sehingga 1TB PCIe SSD.

Pengguna juga boleh membuat pilihan pemproses selain Intel Core iaitu AMD Ryzen 5 4500U untuk model terpilih daripada siri laptop berkenaan.

Sesuai dengan tugasan produktiviti, laptop berkenaan menggunakan sistem bateri Li-Polymer 60.7Wh dengan pengecasan pantas teknologi Rapid Charge Pro 95W dan mampu untuk bertahan 15 jam dengan kepenggunaan maksimum.

Bagi Lenovo Yoga Duet 7i pula, ia menggunakan pemproses Intel Core i7-10510U dan padanan RAM 16GB rekaan DDR4 yang mempunyai frekuensi 2666Mhz.

Yoga Slim 7i dengan paparan 14inci dijual bermula RM5,099 manakala untuk variasi pemproses AMD pada harga RM3,499 manakala versi 15 inci bermula pada harga RM4,999.

Untuk Yoga Duet 7i bersaiz 13 inci dengan storan 512GB bermula pada harga RM4,099 dan untuk padanan variasi storan 1TB pada harga RM4,599.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 1:31 PM