Jabra Elite 85h
Jabra Elite 85h
Muhammad Saufi Hassan


BAGI pencinta muzik, set kelengkapan aksesori audio sememangnya penting untuk menghasilkan kejelasan audio termasuk mengurangkan bunyi hingar daripada luar.

Fon kepala keluaran Jabra adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan kerana ia bukan saja mampu untuk menghasilkan kejelasan audio malah mempunyai pembatalan hinga (noise cancelling).

Jabra Elite 85h adalah antara perkakasan audio yng mesti dimiliki oleh pencinta muzik malah turut sesuai digunakan untuk ‘kaki games’ yang mahukan hasil audio lebih baik.

Set fon kepala Jabra Elite 85h ini dilengkapi dengan sistem sambungan tanpa wayar dan memberi sokongan kepada Bluetooth 5.0.

Sumber kuasa fon kepala ini adalah berasaskan kepada bateri boleh cas serta penggunaan tenaga adalah sangat rendah malah ia boleh melakukan sambungan (pairing) kepada dua peranti lain secara serentak.

Waktu operasi fon kepala ini mampu bertahan sehingga 36 jam dan jika kefungsian pembatalan hingar dimatikan mampu menjangkau sehingga 41 jam.

Ia juga mempunyai ciri automatik iaitu apabila pengguna penanggalkan fon kepala, fon kepala ini akan mematikan tenaga.

Berdasarkan maklumat kepenggunaan, set fon kepala Jabra Elite 85h memerlukan waktu pengecas 2.5 jam untuk penuh dan jika pengguna mengecas lima minit, ia akan bertahan selama lima jam.

 Fon kepala keluaran Jabra adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan
Fon kepala keluaran Jabra adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan

Set fon kepala ini mempunyai lapan mikrofon luar dan untuk fungsi pembatalan hingar, fon kepala ini akan mengaktifkan empat mikrofon yang bertugas untuk mengesan bunyi hingar di luar daripada set fon kepala dan melakukan tugas pembatalan.

Jabra melakukan kemasan premium untuk siri Jabra Elite 85h dan turut didatangkan dengan sokongan pembantu pintar seperti Siri, Google Assistant dan Amazon Alexa.

Pengguna yang membeli set fot kepala ini pastinya tidak akan kecewa kerana ia menawarkan kualiti serta kejelasan audio yang sangat baik.

Spesifikasi

Kategori : Set fon kepala

Mikrofon : 8

Bateri : Boleh cas USB-C

Sokongan pembantu pintar : Siri, Google Assistant dan Amazon Alexa

Ciri : Pembatalan hingar / kalis air dan debu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 11:00 AM