Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool yang mampu membersihkankan setiap sudut bilik.
Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool yang mampu membersihkankan setiap sudut bilik.
Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool yang mampu membersihkankan setiap sudut bilik.
Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool yang mampu membersihkankan setiap sudut bilik.
Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool yang mampu membersihkankan setiap sudut bilik.
Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool yang mampu membersihkankan setiap sudut bilik.
Dyson Pure Cool juga boleh diletakkan di atas meja dan di atas lantai
Dyson Pure Cool juga boleh diletakkan di atas meja dan di atas lantai
Dyson Pure Cool juga boleh diletakkan di atas meja dan di atas lantai
Dyson Pure Cool juga boleh diletakkan di atas meja dan di atas lantai
Dyson Pure Cool juga boleh diletakkan di atas meja dan di atas lantai
Dyson Pure Cool juga boleh diletakkan di atas meja dan di atas lantai
Suliati Asri


MENGHIRUP udara segar di keheningan pagi dengan pemandangan menghijau menjadikan permulaan hari cukup mendamaikan.

Namun, untuk merasai kesegaran udara nyaman, bersih dan baik untuk pernafasan di tengah bandaraya yang penuh dengan hutan konkrit, sememangnya ia sesuatu yang mustahil.

Walaupun keadaan rumah dengan pintu dan tingkap tertutup rapat, ia tidak bermakna udara dalam rumah benar-benar bersih.

Ini kerana pelbagai partikel halus yang terapung di udara dalam rumah boleh menimbulkan masalah pada saluran pernafasan apabila ia disedut masuk ke dalam paru-paru setiap kali kita bernafas.

Aktiviti memasak, merokok, menyapu dan mengubahsuai rumah adalah antara punca-punca udara di dalam rumah tidak bersih.

Udara di dalam rumah turut tercemar dengan virus dan bakteria yang boleh disedut masuk ke dalam paru-paru serta bergerak ke dalam saluran darah, sehingga memberi kesan negatif terhadap kesihatan terutama kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang memiliki sistem pertahanan badan yang lemah.

Menyedari hakikat itu, Dyson melancarkan kipas pembersih udara, Dyson Pure Cool bagi menangani isu pencemaran udara tertutup serta membersihkan setiap sudut bilik.

Pendekatan Dyson yang unik untuk pembersihan ini didorong oleh kepakaran dalaman elektronik, penapisan dan pengaliran udara sekali gus mampu menapis dan memerangkap 99.95 peratus partikel-partikel halus daripada memasuki sistem pernafasan.

Kipas pembersih udara Dyson Pure Cool ini juga mempunyai sistem penapisan 360 darjah yang menggabungkan penapis karbon yang diaktifkan untuk menghilangkan gas dan penapis HEPA kaca yang memerangkap 99.95 peratus alergen mikroskopik dan bahan-bahan pencemar sekecil 0.1 mikron.

Selain itu, teknologi Multiplier udara dan putaran 350 darjah terbaru mengalirkan campuran udara bersih di seluruh bilik membolehkan pembersihan setiap sudut.

Naib Presiden Bahagian Kecantikan dan Kesihatan Dyson, Paul Dawson, berkata Dyson membina mesin untuk kegunaan pengguna dengan mencipta teknologi yang memudahkan dan melancarkan kerja.

“Bagi membersihkan udara di rumah, ia memerlukan pembersih yang berfungsi lebih daripada penapis. Ia juga memerlukan pengesan pencemaran secara automatik, mengesan gas dan partikel-partikel halus sekali gus membersihkan udara di setiap ruang bilik.

“Dengan kipas pembersih udara Dyson Pure Cool, ia mampu melakukan semua yang diperlukan ini untuk membersihkan udara secara berkesan,” katanya.

Standard pembuatan pembersih udara AHAM AC1-2015 menetapkan prestasi mereka melalui ‘pengurangan partikel yang terperangkap secara relatif di dalam udara bilik yang diuji’.

“Ini bermakna prestasi mereka adalah berdasarkan kadar kecekapan pembersihan saja.

“Kami mencipta kipas pembersih udara yang melangkaui ruang bilik ujian dan memberi tumpuan kepada keadaan kediaman yang sebenar. Ini juga lebih baik daripada hanya mempunyai penapis yang efisyen,” katanya.

Dilengkapi dengan paparan LED baru yang menunjukkan partikel-partikel halus dan gas, kipas pembersih udara Dyson Pure Cool™ turut disertakan dengan tiga sensor yang unik seterusnya memaparkan bacaan kualiti udara.

Mod kipas untuk Dyson Pure Cool ini juga menyampaikan aliran udara bersih yang kuat, sekali gus boleh menyejukkan sambil membersihkan bilik di musim panas.

Penapis Dyson ini juga memenuhi piawaian industri EN1822 dan kelas penapis H13-A.

Lebih menarik, pengguna boleh mengawal dan memantau mesin ini melalui aplikasi Dyson Link yang boleh dimuat turun melalui iOS dan Android.

Selain itu, aplikasi ini juga membantu memantau tahap pencemaran udara di dalam dan di luar rumah serta kelembapan udara dan suhu. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengawal mesin dan melihat baki jangka hayat penapis yang tinggal.

Kipas pembersih udara terbaru ini juga didatangkan dengan keupayaan penuh Over The Air Update Capability (OTA) di mana pemilik Dyson boleh terus mendapatkan perisian Dyson yang terkini.

Sementara itu, Ketua Kejuruteraan Kawalan Alam Sekitar Dyson, Evan Stevens, berkata pihaknya menguji mesin ini di dalam keadaan persekitaran bilik sebenar.

Justeru, mereka membina bilik tanpa kipas siling seluas 27 meter dan menambah sembilan alat pengesan untuk mengesan partikel-partikel halus yang bersaiz 300 kali ganda lebih halus daripada rambut manusia.

“Pemetaan tiga dimensi (3D) membolehkan mesin ini memberitahu udara di dalam bilik itu benar-benar bersih,” katanya.

INFO

* Kepelbagaian: Didatangkan dalam dua versi. Format menara yang lebih besar dan tinggi untuk diletakkan di atas lantai dan format meja yang lebih kecil.

* Warna: Kedua-duanya didapati dalam tiga variasi warna iaitu warna putih / perak dan warna besi / biru.

* Jaminan: Dua tahun untuk peralatan gantian.

* Kawalan jauh: Kawalan jauh magnetik boleh disimpan dengan kemas di atas mesin dan digunakan untuk mengawal fungsi mesin.

*Pengatur masa: 15 minit hingga 9 jam

*Mod malam: Memantau dan membersih menggunakan tetapan tenang berserta paparan yang malap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 12:26 PM