IBU BAPA usah marah sebaliknya beri cadangan supaya mereka belajar.
IBU BAPA usah marah sebaliknya beri cadangan supaya mereka belajar.
IBU BAPA usah marah sebaliknya beri cadangan supaya mereka belajar.
IBU BAPA usah marah sebaliknya beri cadangan supaya mereka belajar.
IBU BAPA usah marah sebaliknya beri cadangan supaya mereka belajar.
IBU BAPA usah marah sebaliknya beri cadangan supaya mereka belajar.
Prof Madya Dr Alvin Ng Lai Oon

Kebanyakan orang dewasa hari ini terlepas peluang untuk mengubah hidup mereka kerana terperangkap dalam rutin seharian. Anda tidak mahu anak anda terperangkap dalam keadaan sama, berikut adalah cara anda boleh mencetuskan minat pembelajaran sepanjang hayat dalam diri anak-anak.

Pembelajaran sepanjang hayat adalah pembangunan pembelajaran formal dan tidak formal: perkembangan kemahiran adaptif yang berterusan, pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh manusia sepanjang hayat dan membantu mereka membuat perubahan positif bagi diri sendiri dan orang di sekeliling.

Cuba fikirkan, dulu anda bujang, kini sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Satu anjakan besar dalam kehidupan anda sudah berlaku. Anda memikul tanggungjawab baru, berhadapan dengan cabaran baru, mempelajari kemahiran baru serta menyesuaikan diri pada perubahan. Anda sebenarnya berada dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang pengasuhan anak-anak.

Tiga jenis pembelajaran

Adaptif: Bergantung kepada penyelesaian yang terbukti berkesan sebelum ini dan selesa membuat penyesuaian jika perlu.

Generatif: Sentiasa mencari idea dan kemahiran baru, mencuba tingkah laku baru dan menetapkan matlamat yang mencabar diri sendiri.

Transformasi: Mempunyai kemahiran untuk berdepan dan melakukan perubahan yang ketara. Mereka cekap mengenal pasti jurang, menetapkan matlamat, mewujudkan rancangan pembelajaran dan mengekalkan motivasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Seseorang itu mungkin mempunyai salah satu, semua atau tiada langsung daripada jenis gaya pembelajaran di atas. Ia bergantung kepada kecekapan yang mereka peroleh sepanjang hayat. Justeru, pembelajaran sepanjang hayat sering dilihat sebagai perkara orang dewasa atau pendidikan berterusan.

Bagaimanapun, benih yang akan menyemarakkan motivasi untuk belajar, berubah dan menyesuaikan diri perlu disemai sejak kecil. Bagaimana anda menggalakkan perasaan suka belajar dalam anak anda?

Jangan menilai, beri galakan

Kanak-kanak membuat kesilapan. Memang mudah untuk menilai dan berasa marah setiap kali anak melakukan kesilapan. Sebaliknya ibu bapa harus:

- Menerima bahawa kesilapan lazim berlaku tetapi mempelajari daripada kesilapan itu dan tidak mengulanginya adalah kunci untuk maju ke hadapan dan memperbaiki diri sendiri.

- Jangan terlalu melindungi, benarkan anak-anak lakukan kesilapan sendiri dari semasa ke semasa pengalaman adalah guru terbaik.

- Ajar mereka untuk bertanggungjawab atas kesilapan sendiri dan jangan menyalahkan orang lain.

- Puji keberanian mereka dan sokong usaha untuk mengatasi sebarang halangan.

- Jangan ungkit kesilapan lampau. Sebaliknya, ambil iktibar darinya dan fokus kepada cabaran mendatang.

Fokus kepada kebolehan

Adakalanya, ibu bapa terlalu menekan anak-anak untuk menjadi yang terbaik mengatasi orang lain. Harapan yang terlalu tinggi dan tidak realistik boleh menjadi punca stres bagi kanak-kanak. Oleh itu, adalah lebih baik untuk memberi fokus membantu mereka meningkatkan kemahiran sedia ada dan mempelajari perkara baru - ini membawa kepada kebolehan kendiri dan kurang berprasangka.

- Pupuk dan bantu anak mengejar minat mereka dengan menyediakan bahan dan aktiviti yang berkaitan dengan minat itu.

- Cari peluang untuk mereka mengasah kemahiran kepemimpinan dan berikan pengalaman pembelajaran melalui pemberian tugasan.

- Bantu anak memperbaiki kemahiran emosi dan sosial bagi membolehkan mereka berhubung dan berinteraksi dengan orang yang berbeza melalui NGO atau aktiviti berteraskan komuniti.

- Kerap berbincang mengenai rancangan masa depan anak dan bagaimana mereka boleh berusaha untuk mencapainya.

Raikan sifat kreatif dan ingin tahu

Kreativiti membantu kanak-kanak menjadi lebih berkeyakinan, membangunkan kemahiran sosial dan membantu mereka belajar dengan lebih baik. Memupuk sifat ingin tahu dan kreativiti dalam diri anak anda akan memupuk sikap minat untuk belajar sepanjang hayat. Bantu anak anda mendapatkan tumpuan, kecekapan, ketabahan dan optismisme yang diperlukan untuk berjaya dalam usaha kreatifnya.

- Pupuk pemikiran kritikal yang kreatif dengan memperuntukkan masa tidak berstruktur untuk berseronok dan bermain.

- Bantu anak anda berjumpa dengan orang baru, pergi ke tempat baru dan menjelajahi pengalaman baru untuk mengembangkan minda mereka.

- Biarkan mereka menjadi unik, sokong dan jangan bimbang jika anak berbeza sedikit daripada rakan sebayanya - selagi anak ada beberapa orang kawan sudah cukup baik, jangan termakan budaya popular.

- Fokus kepada mencari penyelesaian bersama-sama tetapi biarkan mereka mainkan peranan utama.

- Anda sendiri harus kreatif di rumah (contohnya memasak hidangan yang seronok sambil menghias pinggan, buat sendiri rumah olok-olok menggunakan kadbod dan bahan kitar semula).

Pembelajaran sepanjang hayat adalah mengenai kelangsungan hidup. Tidak seperti cerita dongeng, tiada istilah ‘bahagia selama-lamanya’ dalam dunia sebenar kerana akan sentiasa terdapat cabaran baru - sesete­ngahnya biasa tapi keba­nyakannya baru. Menjangkakan cabaran masa depan akan membantu dalam membuat persediaan agar dapat lebih bertahan. Menyelesaikan masalah harus menjadi usaha berterusan kerana sebaik saja satu masalah diselesaikan, masalah lain akan timbul.

Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat harus bertumpu kepada memupuk perasaan berkebolehan, rasa berguna kepada orang lain dan semangat kekitaan. Ia boleh membawa kepada perubahan dengan mewujudkan kebolehan baru dan membuka pintu kepada peluang baru yang tidak dijangka. Ia juga mempunyai potensi untuk memperkasa seseorang bagi mempengaruhi masa depannya, memberi pilihan yang mungkin tidak akan ada jika sebaliknya.

Penulis Pakar Psikologi Klinikal dan Timbalan Presiden Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia (MSCP)

Artikel ini adalah sumbangan program Pengasuhan Positif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan kolaborasi bersama rakan kongsi pakar: Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia, Persatuan Psikiatri Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia, Persatuan Tadika Malaysia dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia. Pendapat dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Sila layari www.mypositiveparenting.org untuk maklumat lanjut dan membaca majalah-E Pengasuhan.Positive

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2017 @ 12:10 PM