BASIKAL elektrik mangsa yang rosak teruk akibat kebakaran itu.
BASIKAL elektrik mangsa yang rosak teruk akibat kebakaran itu.
Agensi

London: Seorang lelaki di United Kingdom (UK), baru-baru ini, melecur teruk selepas basikal elektrik (e-bike) terbakar ketika dia mengecas kenderaan itu.

Mirror UK melaporkan, insiden berlaku pada 12 September lalu ketika pekerja p-hailing itu mengecas basikal elektriknya itu di bilik tidur di sebuah flat di Highgate, utara bandar ini .

Lelaki itu cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam, namun beberapa bahagian pada badannya melecur akibat kebakaran itu.

Anggota bomba berkongsi gambar basikal elektrik itu yang rosak teruk.

Menurut bomba, mangsa menggunakan pengecas yang dibeli dalam talian, pada hari sebelumnya.

"'Kami amat mengesyorkan kamu menghubungi kami dengan segera jika berlaku kebakaran, terutamanya jika ia membabitkan basikal elektrik atau skuter elektrik.

"Kebakaran membabitkan bateri litium, yang menggerakkan kenderaan ini, boleh menjadi berbahaya...

"Apinya cukup panas untuk mencairkan logam. Kebakaran jenis ini boleh menyebabkan letupan dan wap toksik.

"Insiden ini, dan kecederaan teruk yang dialami oleh pemilik basikal elektrik, menyerlahkan sebab mengapa anda tidak boleh menangani kebakaran bateri litium. Nasihat kami,,, hubungi 999," kata Timbalan Pesuruhyaa Dom Ellis.

Kerajaan berdepan gesaan untuk mengetatkan peraturan basikal elektrik berikutan lonjakan kebakaran bateri di ibu negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Terdapat sekurang-kurangnya 137 insiden kebakaran membabitkan basikal elektrik atau skuter elektrik di bandar ini setakat tahun ini, yang menyebabkan tiga individu maut dan 50 lagi cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2023 @ 12:19 PM