PESAWAT KLM. FOTO fail AFP
PESAWAT KLM. FOTO fail AFP
AFP

Amsterdam: Mayat seorang penumpang ditemukan di bahagian bawah pesawat yang tiba dari Toronto, Kanada, di Lapangan Terbang Schiphol, di sini, Isnin lalu.

Lelaki itu ditemukan di bahagian gear pendaratan pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan kebangsaan Belanda, KLM, yang terbang dari bandar Kanada dan dari Lagos, kata jurucakap polis, Robert van Kapel kepada AFP.

"Siasatan sedang dijalankan," katanya yang tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai identiti lelaki itu atau tempat dia mungkin memulakan perjalanan.

Tahun lalu, seorang penumpang terselamat dalam penerbangan sejauh 9,000 kilometer dari Johannesburg ke Amsterdam, selepas bersembunyi di bahagian roda pesawat kargo.

Pada 2021, polis sempadan menemui mayat seorang lelaki Nigeria dalam bahagian gear pendaratan pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Schiphol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 10:38 AM