TANGKAP layar kejadian tersebut. FOTO Agensi
TANGKAP layar kejadian tersebut. FOTO Agensi
Agensi

London: Kebiasaannya apabila pencuri mahu mencuri di dalam bangunan, dia sekurang-kurangnya sudah membuat persediaan dan pastinya membabitkan jalan keluar.

Namun lain jadinya buat pencuri telefon bimbit ini apabila gagal keluar daripada premis yang menjual peranti berkenaan.

India Times melaporkan, keadaan itu memaksanya menyerahkan semula telefon yang dicuri itu kepada pemilik kedai.

Insiden itu berlaku pada 4 Disember lalu kira-kita jam 4 petang apabila lelaki terbabit cuba mencuri telefon pintar dari kedai Phone Market di Dewsbury, West Yorkshire.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi seperti yang dirancang kerana dia akhirnya memulangkan telefon kerana tidak dapat membuka pintu premis ketika mahu melarikan diri.

Bukan itu sahaja, pencuri itu terpaksa merayu supaya penjaga kedai untuk membenarkannya keluar.

Apa yang dia tidak tahu adalah pemilik kedai sudah memasang sistem menggunakan alat kawalan jauh yang membolehkan pintu kedai ditutup dan dikunci secara automatik.

Menerusi video yang kini tular di beberapa platform laman sosial, kelihatan pencuri itu di berpura-pura menjadi pelanggan.

Pencuri itu memakai 'hoodie', mungkin untuk menyembunyikan wajahnya daripada kamera litar tertutup (CCTV.).

Pekerja di kaunter mula menunjukkan kepadanya beberapa telefon dan menyerahkan satu kepadanya untuk diperiksa sendiri, dan pencuri itu segera berlari semula ke arah pintu kaca.

Bagaimanapun, cubaannya gagal apabila pemilik premis menggunakan alat kawalan jauh, untuk mengunci pintu seterusnya menghalang pencuri itu keluar.

Ia menyebabkannya kembali kepada pemilik premis dengan dan terpaksa menyerahkan semula barang diambilnya.

Kebijaksanaan pemilik premis itu menyelamatkannya banyak wang daripada dirompak.

Pemilik kedai, yang dikenali sebagai Afzal Adam, berkata bahawa dia memasang mekanisme penguncian pintu pada 2020 dengan harga 250 Pound Sterling (kira-kira RM1,075) , menurut laporan Metro News.

"Saya bimbang tidak dapat mengenal pasti sesiapa jika mereka mencuri dari kedai saya terutama jika datang memakai pelitup muka.

"Mereka melarikan diri dengan barangan bernilai 1,600 Pound Sterling (kira-kira RM8,597).

"Saya meminta pemilik kedai tempatan lain masuk dan bertanya apakah mekanisme yang kami ada kerana mereka sedang mencari perkara yang sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2022 @ 12:35 PM