NAIMA bersama anaknya buntu apabila akses laluan belakang rumahnya dihalang jiran. FOTO Agensi
NAIMA bersama anaknya buntu apabila akses laluan belakang rumahnya dihalang jiran. FOTO Agensi
Agensi

Edinburgh: Seorang wanita di Scotland kebingungan apabila laluan keluar di belakang laman rumahnya ditutup jiran.

Pertikaian dengan jiran menyebabkan wanita itu tidak dapat mengakses atau keluar dari laman belakang rumahnya.

Naima Watt, 36, tinggal di Annfield Glen Road bersama anaknya Kai, 11, mendakwa bahawa jirannya membuat sekatan.

'Perang dingin' antara Watt, 36, menyebabkan jirannya mengunci pagar utama dan membuat sekatan menggunakan tong sampah di sempadan tamannya.

Naima berkata, situasi itu menyebabkan dia 'bergetar dan menangis' kerana buntu dan menyebabkan kehidupan hariannya terganggu.

"Kehidupan saya kini seperti dikawal orang lain kerana semua aktiviti kini terganggu.

"Saya rasa seperti orang lain mengawal seluruh hidup saya kerana sudah berlanjutan selama tiga bulan.

"Terlalu banyak faktor negatif yang perlu dihadapi saya dan anak selama ini kerana tidak dapat mengakses rumah sendiri," katanya.

Watt kini sedang menjalani pemulihan dari kecederaan bahu selepas terjatuh hujung bulan lalu.

Kecederaan itu menyebabkan dia sukar mengangkat beban malah tindakan jirannya menutup akses masuk lebih menyukarkannya.

"Bahu saya mengalami kecederaan menyebabkan basikal anak tidak boleh diangkat untuk melalui belakang taman.

"Jadi sepanjang musim panas, anak lelaki saya hanya bermain di dalam rumah," katanya.

Katanya, kejadian ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Naima Watt bersama anaknya buntu apabila akses laluan belakang rumahnya dihalang jiran/Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 1:55 PM