French Prime Minister Elisabeth Borne puts on her protective face mask during a debate on a no confidence motion against the French government tabled by opposition parties, at the National Assembly in Paris, France, July 11, 2022. REUTERS/Sarah Meyssonnier

AFP

Paris: Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne terselamat daripada undi tidak percaya pertamanya di Parlimen, pada Isnin, yang ditaja oleh pembangkang berhaluan keras.

Usul itu yang memerlukan 289 undian untuk diluluskan hanya disokong oleh hanya 146 daripada 577 ahli Dewan Negara selepas hampir tiga jam perbahasan.

Parti France Unbowed (LFI) membawa usul terhadap Borne, yang mengetuai kerajaan minoriti, tetapi parti pembangkang lain menolak menyokong inisiatif itu walaupun sebelum pengundian.

Ketika perbahasan, perdana menteri menuduh LFI mengalihkan masa parlimen daripada topik penting.

"Tuan-tuan dan puan-puan, hari ini kita boleh bekerja untuk kebaikan rakyat Perancis.

"Sebaliknya, kami sedang membahaskan undi tidak percaya yang berdasarkan dakwaan niat saya dan ia bersandarkan cara kerja parlimen serta kehendak rakyat Perancis," kata Borne kepada Parlimen sebelum pengundian.

Borne dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron pada Mei, sebulan sebelum pilihan raya parlimen di mana parti pemerintah pusat kehilangan majoriti.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 10:49 AM