WANITA menerima suntikan vaksin COvid-19 di San Rafael, California. FOTO AFP
WANITA menerima suntikan vaksin COvid-19 di San Rafael, California. FOTO AFP
AFP

Paris: Satu kajian pada Khamis mendapati mereka yang pernah menghidap Covid-19 berisiko mengalami darah beku yang serius sehingga enam bulan selepas dijangkiti walaupun dalam kes ringan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan Covid-19 meningkatkan risiko pembekuan darah, namun kajian baharu dalam jurnal perubatan BMJ mendapati berapa lama ancaman itu boleh berlarutan.

Bagi mengetahuinya, penyelidik membandingkan data daripada lebih sejuta individu dalam pendaftaran negara Sweden yang dijangkiti Covid-19 dari Februari 2020 hingga Mei 2021, dengan kumpulan kawalan lebih empat juta yang tidak disahkan positif.

Penyelidik mendapati mereka yang menghidap Covid-19 mempunyai risiko embolisme pulmonari lebih tinggi, bekuan darah menyekat arteri dalam paru-paru, sehingga enam bulan selepas jangkitan.

Terdapat juga peningkatan bahaya trombosis urat dalam bekuan darah yang biasanya di kaki sehingga tiga bulan selepas dijangkiti Covid-19.

Selepas menyesuaikan diri untuk pelbagai faktor, mereka mendapati peningkatan 33 kali ganda dalam risiko embolisme pulmonari bagi yang mempunyai Covid-19, serta peningkatan lima kali ganda untuk Sindrom Trombosis Vena Dalam (DVT).

Individu bergejala ringan ringan yang tidak memerlukan rawatan di hospital juga berdepan risiko untuk embolisme pulmonari dan DVT.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 10:51 AM