THAILAND  menangkap lebih 150 iguana yang ‘mengganas’ di kawasan luar bandar negara itu. FOTO DNP/ AFP
THAILAND menangkap lebih 150 iguana yang ‘mengganas’ di kawasan luar bandar negara itu. FOTO DNP/ AFP
AFP

Bangkok: Thailand menangkap lebih 150 iguana yang 'mengganas' di kawasan luar bandar negara itu.

Haiwan itu berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, tetapi semakin popular sebagai haiwan peliharaan di Thailand.

‌Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan (DNP) Thailand pada Selasa berkata, 134 iguana ditangkap di daerah Pattana Nikom di wilayah Lopburi, kira-kira 160 kilometer (km) di utara ibu negara.

Enam lagi haiwan itu ditemukan di bandar Udon Thani, di timur laut negara itu, dan 23 lagi di tempat lain di Thailand.

"Banyak iguana hidup di habitat liar di wilayah Lopburi dan memusnahkan hasil pertanian petani.

"Jumlah (haiwan itu) yang meningkat pesat menjejaskan alam sekitar dan sistem ekologi, menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan," kata kenyataan DNP.

Haiwan berdarah sejuk dan boleh membesar sehingga lebih 1.5 meter panjang itu akan disimpan di pusat hidupan liar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2023 @ 3:56 PM